Kelapa sawit
Kebanyakan ladang besar dan pekebun kecil di Semenanjung menanam sawit. Dron membantu apabila pekerja sukar dicari dan blok luas.

Kerja yang sesuai untuk dron
- Serangan ulat bungkus dan ulat api yang perlukan liputan pantas dan sekata.
- Pusingan baja di teres dan tanah lembut.
- Kawalan rumpai di laluan tuai.
Pokok yang sangat tinggi
Sawit yang hampir tiba masa tanam semula lebih sukar dilitupi dari atas. Kami semak ketinggian pokok semasa lawatan tapak dan beritahu dengan jujur sama ada dron sesuai.